Saturday, October 13, 2012

Fast Printer FUJI

apa kelebihan mesin ni ? ha ... MESIN pencetak laser Phaser 4600N dan 4620DN keluaran Fuji Xerox dilihat sesuai bagi mereka yang bekerja atau memiliki perniagaan. Kedua-dua produk ini dikatakan memiliki kemampuan mencetak dalam jumlah besar dengan cepat. Phaser 4620DN memiliki kemampuan mencetak kira-kira 65 halaman seminit manakala Phaser 4600N pula 55 halaman untuk tempoh sama. Kualiti gambar yang dicetak juga mampu mencapai 1,200 x 1,200 dpi dan ia mampu menghasilkan hingga 275,000 cetakan dalam masa sebulan. Phaser 4600N/4620DN juga menawarkan kapasiti standard 650 keping kertas yang dapat ditingkatkan sehingga 3,750 halaman dengan penambahan dulang kertas bagi golongan usahawan yang memerlukan jumlah cetakan tinggi.
Phaser 4600DN memiliki fungsi butang pilihan depan belakang automatik untuk mengurangkan penggunaan kertas selain pilihan menyusun (staple) secara automatik sehingga 50 keping. Kedua-dua pencetak ini juga dilengkapi sistem sokongan IPV6 dan IPsec binaan dalam (built-in) dan teknologi Image Overwrite yang aktif menghapus data tidak diperlukan daripada memori pencetak untuk melindungi dokumen. em...sbnrnya aq copy paste ja. aq pun tak paham text ni. =.=