Thursday, April 30, 2009

ibu oh ibu,engkau ratu hatiku :)

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kErtas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyAmbut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya..

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca,si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan = PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu = PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu = PERCUMA

Jumlah keseluruhan : PERCUMA


Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu"

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis sesuatu pada mukasurat yang sama ditulisnya.

'TELAH DI BAYAR'~


:D
haha.menarik kn?brtapa besarnya pengorbanan ibu kita selama ini.

No comments:

Post a Comment